BM Version :
Datuk Seri Dr. KK Chai Menerima Anugerah Usahawan Terbaik di SEBA Awards 2024
KUALA LUMPUR, 14 Nov - Dalam satu majlis yang penuh bersejarah di SEBA Awards 2024, Datuk Seri Dr. KK Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, telah dianugerahkan penghormatan tertinggi "Usahawan Terbaik". Pengiktirafan ini yang telah disampaikan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, memberi pengiktirafan kepada perjalanan kehidupan Datuk Seri Dr. KK Chai sebagai usahawan luar biasa, visinya dalam mentransformasikan KK SUPER MART dari satu kedai kecil sehingga menjadi rangkaian besar dengan 903 cawangan di seluruh Malaysia, dan komitmennya yang tidak berbelah bagi dalam memastikan kecemerlangan dalam industri runcit.
Majlis anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dan disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Perjalanan keusahawanan Datuk Seri Dr. KK Chai bermula dengan sederhana pada tahun 2001 dengan penubuhan cawangan pertama KK SUPER MART di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, perniagaan runcit serbaneka dilihat sedang berkembang di Malaysia, dan Datuk Seri Dr. KK Chai mempunyai impian dalam mengetengahkan jenama yang mampu membawa kepada kemudahan akses, harga mampu milik dan pada sama berupaya memberi perkhidmatan kepada komuniti. Dengan keazaman dan inovatif strategi, KK SUPER MART berkembang megah menjadi jenama disegani dan terkenal di Malaysia dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan komuniti setempat. Komitmennya terhadap kepuasan pelanggan, digabungkan dengan pemahaman mendalam terhadap dinamik pasaran, membolehkan Kumpulan Syarikat KK berkembang pesat dan menjadi peneraju pasaran dalam landskap runcit Malaysia.
Datuk Seri Dr. KK Chai merakamkan setinggi penghargaan kepada Yayasan Usahawan Malaysia atas pengiktirafan yang diterima dalam majlis Anugerah SEBA ke-11. Ujar beliau, perjalanan ini tidak sunyi dari rintangan dan cabaran. Namun adalah menjadi komitmen beliau untuk terus berkhidmat dan percaya bahawa bidang keusahawanan di Malaysia akan terus berkembang yang menjadi dorongan untuk beliau terus maju. Beliau mendedikasikan anugerah ini kepada pasukannya dan pelanggan setia, yang diakui sebagai faktor penting dalam kejayaan Kumpulan Syarikat KK.
"Pada hari ini, saya dipenuhi rasa bangga dan bersyukur. Anugerah ini adalah bukti bukan sahaja kepada perjalanan hidup saya tetapi juga perjalanan KK SUPER MART dan semua individu yang telah menjadi sebahagian daripadanya. Saya dengan amat rendah hati menerima penghormatan ini, dan ia menguatkan lagi semangat dan komitmen saya untuk terus berkhidmat kepada komuniti dan memajukan Kumpulan Syarikat KK ke tahap yang lebih tinggi," ujar Datuk Seri Dr. KK Chai.
SEBA Awards tahun ini, mengetengahkan tema “Melangkaui Sempadan,” menonjolkan ketahanan usahawan, keserasian serta pertumbuhan keusahawanan dalam merentas Asia Tenggara. Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA bertujuan untuk meraikan pencapaian kecemerlangan oleh pemimpin perniagaan, khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana di rantau ini. Acara ini mengumpulkan lebih 56 usahawan terkemuka dari pelbagai sektor, mewujudkan platform berpengaruh untuk jaringan, pengiktirafan, dan inspirasi.
Dengan perkembangan berterusan KK SUPER MART, pengaruh Datuk Seri Dr. KK Chai dalam sektor runcit dijangka terus berkembang. Dedikasi Kumpulan Syarikat KK dalam menyediakan perkhidmatan asas, terutamanya dalam situasi mencabar telah meletakkan tanda aras baru dalam industri dan mengukuhkan reputasinya sebagai jenama yang dipercayai oleh rakyat.
Di bawah kepimpinan Dr. Chai, Kumpulan Syarikat KK sedang meneroka pasaran baharu dan meningkatkan kecekapan operasi. Impian dan harapan beliau agar KK SUPER MART diiktiraf sebagai jenama yang terkemuka di peringkat global dan melakar nama sehingga ke peringkat antarabangsa
SEBA Awards sekali lagi menekankan peranannya sebagai platform penting untuk memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam dunia perniagaan. Kemunculan Datuk Seri Dr. KK Chai dan penerima-penerima hebat lain di atas pentas jelas menunjukkan bahawa usahawan Malaysia terus bersinar. Kehadiran tokoh-tokoh seperti Datuk Seri Dr. KK Chai di barisan hadapan akan terus membawa negara ke arah masa depan yang tiada noktah untuk kita hadapi pelbagai kemungkinan.



